BEIRUT: Najib Mikati yang sekali lagi dilantik sebagai Perdana Menteri Lubnan kini berdepan dengan kesuntukan masa dalam usahanya membentuk kerajaan baharu, satu ketetapan yang perlu diselesaikannya dalam minggu ini.
The Daily Star Lebanon melaporkan, beliau diberi masa selama sebulan untuk membentuk kerajaan selepas dilantik sebagai Perdana Menteri baharu Lubnan, bulan lalu.
Sumber politik memberitahu, usaha telah dipergiatkan dalam beberapa hari ini dengan tujuan menyelesaikan semua rintangan bagi pembentukan kerajaan.
Laporan media menyebut, minggu ini merupakan minggu yang sangat kritis buat beliau untuk mencapai kesepakatan dengan Presiden Michel Aoun mengenai barisan Kabinet.
Jika tiada kesepakatan, beliau mungkin berdepan ‘arahan’ supaya berundur.
Selain pembentukan Kabinet, Najib berdepan ‘konflik dalaman negara’ termasuk krisis kewangan yang teruk, digambarkan oleh Bank Dunia sebagai salah satu yang terburuk di dunia sejak 1850-an.