Mangsa banjir Henan meningkat 302 orang - Utusan Malaysia

Mangsa banjir Henan meningkat 302 orang

SEJUMLAH penduduk menaiki jentera berat ketika dipindahkan selepas banjir berlaku di bandar Zhengzhou, wilayah Henan, China. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HENAN: Bilangan kematian akibat banjir besar yang melanda China bulan lalu meningkat kepada 302 orang dengan puluhan mangsa lain dilaporkan masih hilang.

Pihak berkuasa memaklumkan ibu negeri Henan, Zhengzhou paling teruk dilanda banjir dengan 292 individu maut manakala, 47 lagi masih hilang.

Datuk Bandar, Hou Hong berkata, sebanyak 39 mayat ditemukan di kawasan parkir bawah tanah.

Katanya, 14 orang mati dalam kereta api bawah tanah dengan gambar serta video mangsa terperangkap sehingga paras air banjir mencecah leher dikongsikan secara meluas dalam media sosial.

Pakar menjangkakan cuaca buruk yang menyebabkan banjir besar dan kemarau akan meningkat akibat perubahan iklim.

Bulan lalu, hujan lebat melanda selama satu jam sehingga menyebabkan banjir besar di wilayah Henan. -AGENSI

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya