NEW DELHI: Akibat tidak berfikir panjang, seorang lelaki berusia 25 tahun maut selepas menggunakan cecair pelekat tahan lama semasa melakukan hubungan intim.
Lapor Daily Star, mangsa, Salman Mirza menggunakan gam itu kerana terlupa membawa kondom di sebuah hotel, 22 Jun lalu.
Lelaki yang berasal dari Fatehwadi, Ahmedabad kemudian ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di sebuah bilik hotel oleh rakannya.
Dia kemudian dibawa ke Hospital Sola Civil dengan keadaan kesihatan yang semakin merosot sebelum disahkan meninggal dunia.
Hasil ujian forensik yang dijalankan mendapati lelaki itu maut akibat cecair pelekat itu merosakkan organ tubuh badannya serta kegagalan beberapa organ berfungsi.
Menurut rakan mangsa, Salman ketagih mengambil dadah dan mabuk ketika kejadian.
Katanya, dia mungkin tidak sedar kerana terlalu banyak menyalahgunakan dadah yang mempengaruhi kesihatannya dan pelekat itu hanya menambahkan komplikasi sehingga menyebabkan kematiannya.
Salman merupakan penanggung utama keluarganya termasuk menyara kedua-dua ibu bapanya dan dua adik perempuan lain.