Lelaki hasilkan formasi bentuk hati guna kambing biri-biri - Utusan Malaysia

Lelaki hasilkan formasi bentuk hati guna kambing biri-biri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Sama seperti kebanyakan keluarga lain yang terpisah akibat pandemik Covid-19, Ben Jackson juga tidak sempat mengucapkan selamat tinggal terakhir kepada ibu saudaranya yang meninggal dunia.

Jackson yang merupakan petani berada kira-kira 400 kilometer di New South Wales apabila ibu saudaranya, Debby meninggal dunia akibat barah di Brisbane.

Sekatan Covid-19 menyebabkan dia tidak boleh hadir ke majlis pengebumian ibu saudaranya.

Sehubungan itu, lelaki tersebut menggunakan cara tersendiri untuk menzahirkan rasa sedih dan sayangnya untuk mediang ibu saudaranya.

Jackson menggunakan haiwan ternakannya iaitu kambing biri-biri untuk menzahirkan rasa tersebut.

Lelaki itu menaburkan bijirin mengikut bentuk hati yang dilukis atas tanah.

Kemudiannya, Jackson melepaskan kambing biri-biri ternakannya, sekali gus membentuk formasi bentuk hati yang menarik.

Formasi tersebut dirakam dari udara menggunakan dron dan video tersebut menjadi tular selepas Jackson berkongsi dalam media sosial.

“Saya berasa sangat terasing dan buntu apabila tidak dapat menghadiri upacara pengebumian makcik saya.

“Anggap sahaja formasi kambing biri-biri ini sebagai tanda sayang dan rindu saya pada mendiang makcik Debby,” katanya seperti yang dilaporkan BBC.

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN