Lelaki antivaksin diperdaya guna duit monopoli - Utusan Malaysia

Lelaki antivaksin diperdaya guna duit monopoli

JOSH Pieters dan Archie Manners mengadakan pertemuan dengan Piers Corbyn di restoran di Sloane Square, London. - YOUTUBE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang lelaki yang dipercayai antivaksin diperdaya oleh dua personaliti YouTube yang menawarkan wang tunai sebanyak 10,000 pound (RM58,687) kepadanya supaya  berhenti mengkritik vaksin Covid-19 keluaran AstraZeneca.

Lapor Daily Mail, Josh Pieters dan Archie Manners melakukan ‘prank’ tersebut dengan menyamar sebagai wakil dari syarikat AstraZeneca yang kononnya bimbang dengan kesan negatif ucapan anti vaksin, Piers Corbyn.

Dua personaliti berkenaan merakam seluruh pertemuan itu yang menyaksikan mereka cuba menyakinkan Corbyn untuk menerima ‘wang tunai dari AstraZeneca’ bagi menghentikan kritikannya terhadap vaksin berkenaan.

Corbyn yang terpedaya dengan tipu helah itu bersetuju menerima ganjaran tersebut, selain dia juga ‘membeli saham’ AstraZeneca bernilai 100 pound (RM586) bagi menjadikannya sebagai individu berkepentingan dalam syarikat berkenaan.

Video itu turut menunjukkan Corbyn menerima sampul surat yang kononnya berisi wang tunai, sedangkan Pieters dan Manners meletakkan duit monopoli di dalamnya.

Rakaman video pertemuan di sebuah restoran yang dilengkapi dengan kamera tersembunyi di Sloane Square, London itu menjadi tular dalam media sosial.

Terdahulu, Pieters dan Manners menghubungi Corbyn menerusi emel dengan menyatakan mahu menyumbang kepada kempen Stop New Normal yang mana lelaki itu bersetuju untuk bertemu dengan mereka.   

Dalam pertemuan itu, Pieters menyatakan hasratnya untuk membantu kempen Corbyn dan sebagai pertukaran dia perlu berhenti mengecam vaksin AstraZeneca sebaliknya fokus terhadap vaksin Pfizer dan Moderna.

Corbyn dilihat teruja dengan wang tunai yang ditawarkan oleh mereka sebelum menetapkan beberapa syarat dalam perjanjian itu, selain lelaki itu juga menulis kelebihan vaksin AstraZeneca yang sebelum ini lantang mengkritiknya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya