NABLUS: Seorang remaja Palestin berusia 15 tahun maut selepas ditembak tentera Israel di Tebing Barat, hari ini.
Menteri Kesihatan Palestin berkata, mangsa meninggal dunia selepas peluru senjata mengenai bahagian kepalanya.
Katanya, mangsa dikenali sebagai Imad Khaled Saleh Hashash.
Kenyataan rasmi dari tentera Israel bagaimanapun langsung tidak menyebut tentang kematian remaja itu, namun, memaklumkan pihaknya hanya menangkap seorang suspek di kem pelarian Balata berdekatan Nablus dengan bertindak balas menggunakan senjata.
Semalam, Israel melancarkan serangan udara terhadap Gaza dan mendakwa melakukannya bagi membalas serangan belon api dari selatan Gaza.
Ketegangan terbaru itu timbul selepas berlaku pertempuran pada hujung minggu lalu, yang mengakibatkan puluhan individu tercedera.-AFP