Kos buat PCR lagi mahal dari harga tiket kapal terbang di Britain - Utusan Malaysia

Kos buat PCR lagi mahal dari harga tiket kapal terbang di Britain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Kos untuk melakukan ujian saringan Covid-19 di Britain disifatkan lebih mahal dari membeli tiket penerbangan bagi perjalanan pergi dan balik ke Eropah.

Keadaan itu menyebabkan orang ramai perlu mengeluarkan belanja tinggi bagi membolehkan mereka bercuti pada musim panas ini, selain ramai ahli Parlimen turut tidak berpuas hati dengan perkara tersebut.

Contohnya, syarikat penerbangan Ryanair menawarkan promosi tiket pergi balik dari lapangan terbang East Midlands ke Barcelona dan Exeter ke Alicante pada harga 18 pound (RM105) antara 24 dan 27 Ogos ini.

Namun, orang ramai perlu membayar 93 pound (RM544) untuk melakukan ujian Covid-19 dan harga tersebut lima kali ganda lebih tinggi berbanding promosi tiket kapal terbang yang ditawarkan.

Penduduk Britain perlu membayar kos ujian Covid-19 yang lebih tinggi sekiranya mereka ingin bercuti ke Berlin, Budapest dan Faro di Algarve.

Kesemua kos itu melibatkan ujian Covid-19 yang perlu dilakukan sekali selepas penduduk Britain pulang bercuti dari mana-mana destinasi di Eropah.

Kos akan meningkat dua kali ganda apabila penumpang kapal terbang dikehendaki melakukan ujian Covid-19 sebelum menaiki pesawat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya