ATHENS: Kira-kira puluhan rumah terbakar dan lima orang dimasukkan ke hospital akibat masalah pernafasan ketika anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran hutan di bandar Patras di Greece.
Lapor Al Jazeera, pihak berkuasa berkata, kira-kira 145 anggota bomba, 50 trak, lapan pesawat pemadam kebakaran dan helikopter dikerahkan untuk memadam kebakaran yang berlaku di wilayah Zeria di Peloponnese, kira-kira 210 kilometer barat Athens.
Pihak berkuasa turut memindahkan penduduk dari empat perkampungan di wilayah tersebut dan dari pusat pelancongan Loggos di pesisir pantai.
Anggota bomba memberitahu agensi berita AP bahawa api besar dan marak di beberapa bahagian depan walaupun angin agak reda.
Beberapa hospital di Patras dan bandar berdekatan Aigio telah dimaklumkan untuk menerima mangsa yang cedera sementara pengawal pantai bersiap sedia menyelamatkan penduduk yang melepaskan diri akibat asap tebal.
Agensi berita tempatan ANA melaporkan lebuh raya antara Peloponnese dan Greece telah ditutup.
Greece dilanda kebakaran hutan setiap kali musim panas namun pakar memberi amaran pemanasan global mengakibatkan kekerapan dan intensiti.
Menurut peramal cuaca, Greece mengalami gelombang haba sejak Jumaat lalu dengan merekodkan suhu antara 42 hingga 44 darjah Celsius. – AGENSI