Kebakaran hutan di Baitulmuqaddis berjaya dikawal - Utusan Malaysia

Kebakaran hutan di Baitulmuqaddis berjaya dikawal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Kebakaran hutan yang berlaku di kawasan berbukit berhampiran Baitulmuqaddis dilaporkan berjaya dikawal.

Lapor Al Jazeera, perkara itu diumumkan oleh pasukan bomba Israel selepas kru melancarkan operasi memadam kebakaran selama tiga hari yang turut disertai oleh anggota bomba Palestin dan tentera udara Israel.

Setakat ini, tiada kecederaan parah dilaporkan dalam kebakaran terburuk yang berlaku di kawasan Baitulmuqaddis selama beberapa tahun lalu.

Sebahagian besar penduduk dari beberapa komuniti kecil yang dipindahkan kini boleh pulang semula ke kediaman masing-masing.

Israel juga menarik semula permohonan bantuan antarabangsa bagi mengawal kebakaran yang kini sudah memusnahkan lebih 4,200 hektar tanah.

Ketua Bomba dan Penyelamat Nasional, Dedi Simchi berkata, pihaknya berjaya mengawal kebakaran hutan dengan sepenuhnya.

“Selepas bertungkus-lumus memadamkan api yang semakin marak selama 52 jam, semua kebakaran di Baitulmuqaddis berjaya dikawal dengan sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan.

Dilaporkan, ratusan keluarga dari 10 kampung di sebelah barat bandar telah dipindahkan dalam tempoh tiga hari. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN