Israel longgarkan sekatan kemasukan peniaga, barang dari Gaza - Utusan Malaysia

Israel longgarkan sekatan kemasukan peniaga, barang dari Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Israel akan membenarkan kemasukan peniaga Palestin dan barangan dari Gaza buat pertama kali dalam tempoh lebih setahun.

Menurut pihak berkuasa, langkah itu selepas keadaan keselamatan dilaporkan semakin baik.

“Memandangkan tahap keselamatan semakin baik di kawasan itu, seramai 1,000 pedagang dan 350 ahli perniagaan kanan Gaza dibenarkan masuk ke Israel bermula Ahad ini.

“Ini termasuk eksport barang dari Semenanjung Gaza yang bermula di lintasan Kerem Shalom serta import dari Israel ke Gaza akan diperluas merangkumi komponen dalam sektor pengangkutan dan komunikasi,” Koordinator Aktiviti Kerajaan di Wilayah (COGAT) yang mewakili pihak tentera.

Jelas COGAT, peralatan dan barangan akan dibenarkan masuk ke kemudahan kemanusiaan di Semenanjung Gaza seperti bekalan air.

Menurut COGAT, pelonggaran itu tertakluk kepada situasi keselamatan semasa di wilayah berkenaan.

Tambahnya, permit kemasukan hanya akan diberikan kepada individu yang sudah menerima suntikan vaksin lengkap atau sudah pulih daripada wabak Covid-19. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN