Indonesia: Dua harimau Sumatera dijangkiti Covid-19 semakin pulih - Utusan Malaysia

Indonesia: Dua harimau Sumatera dijangkiti Covid-19 semakin pulih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia memaklumkan dua harimau Sumatera di sebuah zoo di Jakarta dilaporkan dijangkiti Covid-19.

Bagaimanapun, pihak berkuasa berkata, haiwan terancam itu dijangka pulih daripada jangkitan wabak tersebut.

Lapor Al Jazeera, kedua-dua harimau jantan itu disahkan positif Covid-19 pada pertengahan bulan lalu.

Ketua Taman dan Perhutanan Jakarta, Suzi Marsitawati berkata, Tino yang berusia sembilan tahun dan Hari, 12 tahun ketika ini sedang menerima rawatan dan diletakkan dibawah pemantauan doktor di Zoo Ragunan.

Katanya, Tino mula menunjukkan beberapa gejala termasuk bersin, kesukaran bernafas dan hilang selera makan pada 9 Julai lalu.

Jelas beliau, dua hari kemudian, Hari pula mula menunjukkan gejala yang sama.

Menurut Suzi, sampel yang diambil daripada kedua-dua haiwan itu pada 14 Julai lalu menunjukkan positif jangkitan Covid-19.

Dua harimau Sumatera itu dipercayai merupakan kes haiwan pertama di Indonesia yang dijangkiti Covid-19.

“Dua harimau sudah menerima rawatan termasuk antibiotik dan multivitamin sejak mula menunjukkan gejala.

“Selepas 12 hari menerima rawatan, keadaan haiwan itu bertambah baik dan dijangka pulih.

“Selera makan haiwan itu sudah kembali normal dan mereka juga sudah aktif,” katanya.

Tambah beliau, pihak pengurusan zoo sedang menjalankan siasatan untuk mengesan sumber jangkitan haiwan itu kerana fasiliti itu ditutup ketika perintah berkurung Covid-19. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya