Ideologi Xi Jinping diserap dalam kurikulum sekolah China - Utusan Malaysia

Ideologi Xi Jinping diserap dalam kurikulum sekolah China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: China akan memperkenalkan ideologi politik presiden negara itu menerusi kurikulum kebangsaan yang diajarkan di peringkat sekolah rendah hingga universiti.

Lapor BBC, Kementerian Pendidikan berkata, ‘Pemikiran Xi Jinping’ akan membantu ‘golongan remaja mempunyai kepercayaan Marxist’.

Langkah itu merupakan usaha terkini Jinping untuk menggabungkan peranan Parti Komunis China yang berkuasa dalam pelbagai bidang masyarakat.

Kementerian itu menjelaskan langkah itu bertujuan memupuk kejayaan sosialisme berlandaskan moral, intelektual, fizikal dan nilai estetika yang menyeluruh.

Garis panduan tersebut merangkumi pendidikan buruh untuk memupuk semangat bekerja keras pelajar dan pendidikan mengenai keselamatan negara.

Badan tertingi China memasukkan elemen ‘Pemikiran Xi Jinping’ ke dalam perlembagaan negara pada 2018.

Sejak itu, ideologi itu diperkenalkan di beberapa universiti serta dalam sayap politik pemuda yang mengadakan aktiviti kokurikulum di sekolah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN