Hujan lebat cetuskan banjir, tanah runtuh di Jepun - Utusan Malaysia

Hujan lebat cetuskan banjir, tanah runtuh di Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Lebih sejuta penduduk didesak untuk mencari perlindungan ketika hujan lebat mencetuskan banjir dan tanah runtuh di barat Jepun, hari ini.

Bencana itu mengakibatkan sekurang-kurangnya seorang maut dan dua orang hilang.

Pihak berkuasa di Hiroshima dan bahagian utara Kyushu mengeluarkan arahan pemindahan ketika agensi cuaca melaporkan taburan hujan luar biasa di kawasan ini.

Stesen televisyen NHK melaporkan, dibawah perintah itu, kira-kira 1.4 juta penduduk diminta meninggalkan kediaman mereka dengan segera.

Rakaman televisyen menunjukkan anggota kecemasan sedang menyelamat penduduk di jalan yang dipenuhi air banjir di bandar Kurume di Fukuoka.

Menurut pegawai tempatan, seorang wanita berusia 59 tahun maut dan dua ahli keluarganya hilang selepas tanah runtuh memusnahkan dua rumah di Unzen, wilayah Nagasaki.

“Lebih 150 tentera, polis dan pemadam kebakaran dikerahkan ke lokasi untuk operasi menyelamat.

“Mereka dengan berhati-hati sedang mencari penduduk hilang sambil memerhatikan gelongsoran lumpur ketika hujan lebat berterusan,” kata Takumi Kumasaki. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN