Helikopter terhempas di California, empat maut - Utusan Malaysia

Helikopter terhempas di California, empat maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Empat orang dilaporkan maut dalam nahas helikopter di Colusa County di California, kata pegawai penguat kuasa.

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) dalam satu kenyataan kepada stesen televisyen, Fox40 news memaklumkan helikopter Robinson R66 yang terhempas kira-kira 1.15 petang (waktu tempatan) di sebuah kawasan terpencil di Colusa County.

“FAA akan mendedahkan nombor pesawat ketika penyiasat mengesahkannya di tempat kejadian.

“Kami bersama Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional (NTSB) akan menyiasat insiden ini,” jelas kenyataan itu.

Jelas FAA, pihaknya dan NTSB setakat ini belum mengenal pasti identiti mangsa yang terlibat dalam nahas tersebut.

Tambahnya, punca nahas itu masih dalam siasatan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.