Hanya disebabkan belon api, Zionis lancar serangan udara ke Gaza - Utusan Malaysia

Hanya disebabkan belon api, Zionis lancar serangan udara ke Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Tentera Israel melancarkan serangan udara terhadap dua kawasan di Gaza hari ini, selepas penduduk Palestin bertempur dengan pasukan tentera dan melepaskan belon api ke selatan Israel.

Serangan itu menyaksikan Zionis menyasarkan bangunan Hamas yang digunakan untuk menghasilkan senjata dan latihan ketenteraan kepada pejuangnya.

Israel dalam kenyataan memaklumkan, serangan itu sebagai tindak balas terhadap insiden belon api yang dilepaskan oleh penduduk Palestin ke wilayah Israel.

Zionis menyifatkan insiden belon api itu sebagai ‘cara berterusan Hamas’ mengancam keselamatan Israel.

Setakat ini, tiada laporan mengenai kecederaan mahupun kematian daripada serangan udara tersebut. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya