Gunung Merapi muntahkan debu panas - Utusan Malaysia

Gunung Merapi muntahkan debu panas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Gunung Merapi kembali memuntahkan debu panas sekitar pukul 4 hingga 8 pagi tadi.

Lapor Kompas.com, Pusat Pembangunan dan Kajian Teknologi Bencana (BPPTKG) menerusi akaun Twitter rasmi memuat naik perkembangan terkini mengenai kejadian terbaharu itu.

Akibat gumpalan awan panas yang dikeluarkan Merapi, berlaku hujan debu di beberapa lokasi.

Perkara itu disahkan oleh Ketua BPPTKG Yogyakarta, Hanik Humaida.

Katanya, ketika ini Merapi sudah berhenti mengeluarkan guguran debu panas.

Pihaknya meminta orang ramai mengikuti maklumat terkini Merapi menerusi media sosial rasmi BPPTKG.

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN