Gempa bumi: Penduduk Sumatera Utara rasa gegaran kuat - Utusan Malaysia

Gempa bumi: Penduduk Sumatera Utara rasa gegaran kuat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUMATERA UTARA: Gempa bumi sederhana dengan 5.3 skala Richter yang melanda Padang Lawas Utara pada pukul 12.19 tengah hari tadi turut dirasai oleh penduduk di Kota Padang Sidempuan.

Lapor Kompas. com, seorang penduduk, April Yanti berkata, dia merasakan gegaran yang kuat berlaku dalam tempoh enam saat sehingga menyebabkan peralatan di dalam almari seperti piring dan gelas tercampak keluar.

Walaupun gegaran gempa bumi itu tidak berlaku terlalu lama serta tiada ancaman Tsunami, Yati mengaku cukup terkejut dengan situasi itu.

“Saya masih berasa terkejut kerana kejadian berlaku ketika saya berada di dalam rumah. Terasa gegaran yang agak kuat,” kongsinya.

Gegaran itu turut dirasai oleh penduduk Lembah Klang pada pukul 1.19 tengah hari dengan 5.6 skala Richter pada kedudukan 18 kilometer (km) dari Padang Sidempuan dengan kedalaman 19 km.

Petugas Badan Meteorologi, Iklim dan Geofizik (BMKG) Medan, Lewi Ristiyono berkata, gempa bumi berlaku berpusat di sekitar 20 kilometer arah barat daya.

Katanya, gegaran itu dapat dirasakan sehingga Kota Padang Sidempuan dan Tapanuli Selatan.

Ketua Komunikasi dan Maklumat BMKG, Padang Lawas Utara, Lairar Nasution berkata, gegaran yang dirasakan sangat kuat berdasarkan maklumat yang diterima daripada penduduk setempat.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya belum menerima sebarang laporan kerosakan atau kejadian tidak diingini akibat gempa bumi itu.

“Setakat ini, tiada sebarang laporan kerosakan berlaku. Kita sudah menghubungi setiap ketua daerah untuk melaporkan sekiranya terdapat kerosakan teruk akibat gegaran itu atau kes kematian,” jelasnya.

Dalam pada itu, Ketua Stesen Geofizik Deli Serdang, Agus Riyanto menjelaskan gempa bumi itu termasuk dalam jenis gempa sederhana akibat wujudnya aktiviti Sumatran Toru Fault.

Hasil analisis mekanisme sumber katanya, menunjukkan gempa bumi itu memiliki pergerakan mendatar.

“Gegaran dapat dirasakan sehingga daerah Aek Godang- Padang Lawa Utara oleh hampir kesemua penduduk yang berada di dalam rumah.

“BMKG mengingatkan orang ramai supaya kekal tenang dan tidak terpengaruh dengan berita yang tidak benar,” ulasnya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN