Gajah pijak kepala lelaki sampai mati - Utusan Malaysia

Gajah pijak kepala lelaki sampai mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUMATERA: Seorang lelaki maut selepas kepalanya dipijak sekumpulan gajah liar di kebun getah di daerah Musi Rawas.

Lapor Tribunnews, banyak kesan tapak kaki haiwan itu ditemukan di sekitar lokasi mayat mangsa, Adiyosmora, 46.

Bapa saudara mangsa, Lukman berkata, dia menemui mangsa dalam keadaan sudah tidak bernyawa.

Katanya, kesan tapak kaki gajah masih berada di kepala mangsa yang mengalami kecederaan sangat serius.

Malah, tubuh badannya juga dipenuhi kesan lebam akibat serangan itu.

“Mangsa mungkin cuba menghalau sekumpulan gajah keluar yang memasuki kebun getahnya.

“Namun, disebabkan jumlah gajah yang banyak menyebabkan mangsa terjatuh dan terseret sebelum dipijak-pijak oleh haiwan itu,” katanya.

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya