Dua maut, 20 hilang banjir di timur AS - Utusan Malaysia

Dua maut, 20 hilang banjir di timur AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Dua orang maut dan 20 lagi dilaporkan hilang selepas hujan lebat mengakibatkan banjir besar di North Carolina di timur Amerika Syarikat (AS).

Gabenor Roy Cooper mengisytiharkan darurat selepas Ribut Tropika Fred yang membawa hujan kira-kira 30 sentimeter (sm) melanda kawasan barat negeri berkenaan sejak beberapa hari lalu.

“Banjir terburuk berlaku di Haywood County sepanjang Sungai Pigeon,” jelas pejabat gabenor menerusi kenyataan.

Jelasnya, pasukan penyelamat di darat, air dan udara sedang berusaha mencari mangsa yang hilang.

“Mereka juga sedang membersihkan kawasan yang terjejas akibat banjir,” katanya.

Setakat ini, kira-kira 100 mangsa berjaya diselamatkan daripada bencana itu.

Bencana itu turut memusnahkan banyak jambatan dan jalan raya di kawasan tersebut.

Ribuan rumah mengalami bekalan elektrik terputus.

“Kami memeriksa kenderaan terbengkalai, kediaman dan bangunan untuk mencari mangsa.

“Kami akan meneruskan pencarian untuk memastikan setiap penduduk dipindahkan secara selamat,” kata Sherif Haywood County, Greg Christopher kepada media tempatan, WYFF4. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.