Dinar Candy tunaikan janji pakai bikini di jalanan - Utusan Malaysia

Dinar Candy tunaikan janji pakai bikini di jalanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Bekas penyanyi dangdut Indonesia akhirnya melunaskan janji untuk hanya memakai bikini semasa protes di tepi jalan.

Lapor Suara.com, Dinar mundar-mandir di tepi jalan sambil membawa protes tertera ‘Saya tertekan kerana PPKM dilanjutkan’.

Dinar sebelum ini membuat pertanyaan kepada Presiden Indonesia, Joko Widodo sama ada PPKM dilanjutkan atau sebaliknya menerusi Instagram.

“Amaran! Jangan tiru adegan ini! Aku mencari cara menghilangkan tekanan,” tulisnya pada poster yang dipegang.

Aksi berani itu mendapat perhatian rakan artis yang lain serta warga maya yang membanjiri komen dalam media sosialnya.

“Ya Allah, dia benar-benar buat. Dinar maaf tidak dapat ikut serta menemanimu,” tulis seorang pengguna.

Dinar sebelum ini menjelaskan dia kecewa dengan keputusan kerajaan melanjutkan PPKM kerana ramai individu terkesan akibat pelaksanaan itu.

“Saya berasa jelik kerana rakan-rakan usahawan lain turut mengadu perkara sama. Saya masih bekerja tapi dalam keadaan terhad.

“Saya ingatkan PPKM sehingga hujung Julai sahaja, tetapi disambung sehingga 9 Ogos depan,” luahnya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya