Cuba bunuh pepijat, wanita tidak sengaja bakar diri - Utusan Malaysia

Cuba bunuh pepijat, wanita tidak sengaja bakar diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DETROIT: Seorang wanita dari Michigan secara tidak sengaja membakar dirinya ketika cuba membunuh pepijat yang ditemukan di dalam keretanya.

Lapor NY Daily News, Pejabat Sherif Oakland memaklumkan wanita berusia 31 tahun itu berasa panik selepas menemui pepijat dalam kenderaannya yang diparkir di pinggir Detroit, Pontiac.

Menurut polis, kejadian itu berlaku pada Selasa lalu.

“Wanita itu menggunakan alkohol untuk membakar pepijat itu.

“Malangnya, dia secara tidak sengaja membakar dirinya dalam proses tersebut,” katanya.

Detroit News melaporkan anggota bomba bergegas ke tempat kejadian dan berjaya memadamkan kebakaran tersebut.

Mangsa terselamat daripada kejadian itu namun mengalami kesan melecur tahap kedua.

Wanita itu ketika ini sedang dirawat di Hospital McLaren Oakland. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya