Covid-19: Sydney rekod kes kematian termuda - Utusan Malaysia

Covid-19: Sydney rekod kes kematian termuda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Seorang lelaki berusia dalam lingkungan 20 tahun meninggal dunia di rumahnya akibat Covid-19 sekali gus mencatatkan kes kematian paling muda dalam kalangan mangsa.

Lelaki yang belum menerima suntikan vaksin itu sudah menjalani kuarantin kendiri selama 13 hari selepas disahkan positif Covid-19.

Pihak berkuasa memaklumkan kesihatan dirinya semakin merosot dan dia hanya tinggal dengan seorang lagi yang dimasukkan ke hospital akibat jangkitan wabak.

Identiti lelaki itu dan bagaimana dia mendapat jangkitan virus tidak didedahkan.

Dia tinggal di barat daya Sydney iaitu kawasan yang dikaitkan dengan penularan varian Delta.

Ketua Menteri New South Wlaes, Gladys Berejiklian menjelaskan kematian itu adalah risiko akibat serangan virus dan kepentingan menerima suntikan vaksin.

Beliau menyasarkan separuh penduduk Sydney divaksin sebelum perintah berkurung berakhir 28 Ogos depan.

“Kes itu menunjukkan bagaimana penyakit itu boleh membawa maut dan bagaimana ia menyerang semua peringkat umur,” jelasnya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN