Covid-19: Pakistan lapor 3,669 kes baharu - Utusan Malaysia

Covid-19: Pakistan lapor 3,669 kes baharu

PENDUDUK beratur untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 di luar sebuah van yang diubah suai menjadi pusat vaksinasi bergerak di Karachi, Pakistan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISLAMABAD: Pakistan melaporkan sebanyak 3,669 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam.

Lapor Xinhua, perkara itu dimaklumkan oleh Pusat Gerakan dan Operasi Nasional (NCOC) negara itu.

Menurut NCOC dalam kenyataan, pertambahan kes itu menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan Covid-19 di negara ini meningkat kepada 1,102,079 kes.

Pakistan mencatatkan kadar kes positif Covid-19 sebanyak 6.8 peratus semalam.

Jelas NCOC, seramai 2,218 pesakit dilaporkan pulih dari Covid-19 dalam tempoh 24 jam.

Angka itu sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih sepenuhnya daripada virus berkenaan sebanyak 989,013 kes.

Berdasarkan kenyataan NCOC, sebanyak 72 kes kematian akibat jangkitan Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam di Pakistan, menjadikan angka kematian keseluruhan mencecah 24,478 kes.

Jelas NCOC, seramai 4,787 pesakit Covid-19 berada dalam keadaan kritikal.

Wilayah selatan Sindh dilaporkan teruk terjejas wabak itu dengan mencatatkan sebanyak 412,165 kes, diikuti dengan wilayah timur Punjab yang merekodkan 372,750 kes.

Setakat ini, Pakistan sudah memberikan 42,688,545 dos suntikan vaksin Covid-19 dan seramai 12,104,373 penduduk menerima suntikan vaksin lengkap. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN