Covid-19: Jepun cadang perluas perintah darurat - Utusan Malaysia

Covid-19: Jepun cadang perluas perintah darurat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Jepun bercadang untuk memperluaskan perintah darurat di lapan lagi wilayah berikutan lonjakan kes Covid-19 di negara itu.

Perkara itu dimaklumkan oleh seorang menteri Kabinet ketika kebimbangan semakin meningkat terhadap tekanan sistem perubatan negara di Tokyo dan beberapa kawasan lain.

Menteri Ekonomi, Yasutoshi Nishimura yang mengetuai pasukan petugas tindak balas pandemik Covid-19, mengemukakan proposal tersebut dalam satu mesyuarat bersama pakar yang dijangka akan diluluskan.

Enam wilayah termasuk Tokyo yang menjadi tuan rumah Sukan Olimpik sudah dikuatkuasakan darurat penuh sehingga 31 Ogos ini.

Lima lagi wilayah pula dikenakan perintah darurat separa.

Sebelum ini, beberapa pegawai juga memberi amaran mengenai peningkatan jangkitan Covid-19 ketika kes baharu mencatatkan rekod tinggi di Tokyo.

Situasi itu turut menimbulkan keraguan terhadap cara kerajaan menangani pandemik tersebut. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN