KABUL: Kedutaan Besar China di Kabul mendesak warganya di Afghanistan untuk mematuhi aturan yang baharu di negara ini.
Aturan tersebut termasuk berpakaian secara ‘Islam’, sebagaimana dilaporkan India Today.
Ingatan itu dikeluarkan pihak kedutaan kepada warga China di Afghanistan.
Kedutaan Besar China di Kabul juga memberi amaran agar warga China tidak berada berdekatan Lapangan Terbang Antarabangsa Hamid Karzai di Kabul.