Bangladesh: Bot, kapal kargo bertembung, 21 maut - Utusan Malaysia

Bangladesh: Bot, kapal kargo bertembung, 21 maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DHAKA: Sekurang-kurangnya 21 orang maut dan puluhan lagi masih hilang selepas bot yang dinaiki mereka bertembung dengan kapal kargo membawa muatan pasir di sebuah tasik di timur Bangladesh.

Lapor Al Jazeera, pegawai tempatan Hayat-ud-Doula Khan berkata, bot tersebut membawa kira-kira 60 penumpang ketika kejadian itu berlaku di tasik di pekan Bijoynagar.

Jelas beliau, kapal kargo berlanggar dengan bot menyebabkan bot yang sesak dengan penumpang terbalik.

“Setakat ini, kami menemukan 21 mayat termasuk sembilan wanita dan enam kanak-kanak,” katanya kepada agensi berita AFP.

Beliau berkata, angka kematian akibat insiden itu dijangka terus meningkat.

Setakat ini, tidak dapat dipastikan bilangan orang yang berada dalam bot ketika insiden dan jumlah penumpang yang masih hilang.

Menurut pegawai polis Imranul Islam, berdasarkan keterangan mangsa, kira-kira 100 orang berada dalam bot ketika kejadian.

Jurucakap jabatan bomba, Taufiqul Islam berkata, pasukan penyelam sedang mencari mangsa di lokasi kejadian.

Katanya, penduduk setempat turut terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa.

Polis berkata, sekurang-kurangnya tujuh orang telah dibawa ke sebuah hospital tempatan selepas mereka diselamatkan dari sebuah bot yang karam. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN