SYDNEY: Australia membuat pembelian tambahan vaksin Pfizer sebanyak sejuta dos dari Poland bagi kegunaan golongan sasaran berusia 20 hingga 39 tahun.
Perdana Menteri Australia, Scott Morrison berkata, bekalan vaksin itu dijangka tiba malam ini bagi membendung kes jangkitan yang tinggi dalam golongan umur tersebut.
Katanya, Australia sebelum ini mengikat kontrak pembelian sebanyak 40 juta dos Pfizer.
Morrison menzahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri Poland, Mateusz Morawiecki berhubung pembelian vaksin tersebut. -REUTERS










