AS dakwa berjaya ‘hapus’ suspek pengebom bunuh diri kedua di Kabul - Utusan Malaysia

AS dakwa berjaya ‘hapus’ suspek pengebom bunuh diri kedua di Kabul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Serangan dron yang dilancarkan oleh tentera Amerika Syarikat (AS) menyebabkan suspek pengebom bunuh diri yang didakwa mahu melancarkan serangan di lapangan terbang Kabul maut.

Serangan itu merupakan yang kedua dilancarkan oleh tentera AS sejak insiden pengebom bunuh diri yang menyebabkan 13 anggota tentera negara itu maut pada Khamis lalu.

Menurut pegawai ketenteraan, serangan itu menyasarkan kumpulan Daesh ISIS-K yang sebelum ini mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan pertama.

Sumber tentera AS memberitahu, suspek didakwa sebagai pengebom bunuh diri berdasarkan keadaan letupan yang berlaku selepas dron melancarkan serangan.

Presiden AS, Joe Biden sebelum ini memberi amaran bahawa satu lagi serangan pengganas boleh berlaku dalam tempoh 24 hingga 36 jam ketika tempoh operasi pemindahan penduduk semakin hampir ke penghujung. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.