Arab Saudi tarik balik larangan kemasukan ekspatriat dari 20 negara - Utusan Malaysia

Arab Saudi tarik balik larangan kemasukan ekspatriat dari 20 negara

ARAB SAUDI menarik balik larangan kemasukan dari 20 negara. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEDDAH: Kerajaan Arab Saudi menarik balik larangan kemasukan ekspatriat dari 20 negara, yang dikuatkuasakan Februari lalu untuk menangani penularan pandemik Covid-19.

Lapor Arab News, agensi urusan konsular dibawah Kementerian Luar memaklumkan keputusan itu hanya tertakluk kepada golongan ekspatriat yang sudah menerima suntikan vaksin Covid-19 lengkap di Arab Saudi sebelum berlepas ke negara asal mereka.

Larangan itu dikecualikan kepada rakyat Arab Saudi, diplomat asing, pengamal perubatan dan keluarga mereka.

Pengumuman itu dibuat ketika Arab Saudi melaporkan tujuh kematian akibat Covid-19 semalam, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan korban di negara ini mencecah 8,497 kes.

Jelas agensi itu, golongan ekspatriat yang mahu kembali ke negara ini perlu menjalani semua prosedur kesihatan bagi memastikan mereka bebas daripada Covid-19.

Larangan itu membabitkan perjalanan dari Emiriah Arab Bersatu (UAE), Mesir, Lubnan, Turki, Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK), Jerman, Perancis, Itali, Ireland, Portugal, Switzerland, Sweden, Brazil, Argentina, Afrika Selatan, India, Indonesia , Pakistan dan Jepun.

Larangan itu juga dikenakan terhadap pelancong yang singgah di mana-mana 20 negara yang disenaraikan, dalam tempoh 14 hari sebelum ke Arab Saudi.

Larangan kemasukan itu dikuatkuasakan berikutan peningkatan kes jangkitan Covid-19 di peringkat global yang dikaitkan dengan penemuan pelbagai varian di England, Afrika Selatan dan Brazil.

Ia juga dikenakan selepas kebimbagan mengenai kempen vaksinasi di seluruh dunia yang kurang berkesan terhadap virus tersebut. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN