Angkasawan China pasang tangan robotik pada stesen angkasa - Utusan Malaysia

Angkasawan China pasang tangan robotik pada stesen angkasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Dua angkasawan China berlepas ke angkasan lepas hari ini untuk melakukan sentuhan terakhir dengan meletakkan tangan robotik di stesen angkasa Tiangong.

Pelepasan itu merupakan yang kedua dalam tempoh dua bulan dan disiarkan secara langsung menerusi televisyen.

Pada Jun lalu, tiga angkasawan tiba di stesen tersebut dan akan berada di sana selama tiga bulan, sekali gus menjadi misi terpanjang oleh China setakat ini.

Agensi Pentadbiran Angkasa China dalam kenyataan memaklumkan, angkawasan Nie Haisheng dan Liu Boming berkaya keluar dari modul Tianhe untuk memasang alat teknikal pada tangan robotik tersebut.

Rakaman video menunjukkan kedua-dua angkasawan tersebut bekerja di luar kapal sambil memakai tali keselamatan.

Ini merupakan misi angkasa lepas pertama yang dilancarkan China dalam tempoh lima tahun. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN