Amerika belanja AS$2.26 trilion untuk perang di Afghanistan - Utusan Malaysia

Amerika belanja AS$2.26 trilion untuk perang di Afghanistan

ANGGOTA kumpulan Taliban berkawal di jalanan di Herat, Afghanistan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CHICAGO: Projek ‘A Costs of War’ yang dijalankan Watson Institute of International and Public Affairs di Universiti Brown mendapati Amerika Syarikat (AS) telah membelanjakan AS$2.26 trilion untuk perang di Afghanistan sejak 2001 hingga September, lapor Anadolu seperti dipetik Bernama.

Jumlah perbelanjaan tersebut digunakan Jabatan Pertahanan dan Jabatan Negeri bersama anggaran faedah terhadap pinjaman perang serta kos jagaan veteran AS.

Sementara itu, sebanyak 241,000 nyawa telah terkorban akibat perang, menurut laporan itu.

Secara keseluruhan, 2,448 anggota tentera dan Jabatan Pertahanan AS, termasuk 1,144 tentera bersekutu terbunuh dalam konflik tersebut.

Laporan berkenaan menganggarkan 69,000 anggota pasukan keselamatan Afghanistan, bersama 72 wartawan dan 444 sukarelawan bantuan kemanusiaan turut terkorban.

Bagaimanapun, jumlah kematian itu tidak termasuk korban disebabkan penyakit, hilang akses terhadap makanan, air, infrastruktur, atau akibat perang tidak langsung yang lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN