JAKARTA: Politik semasa negara berlegar mengenai isu berkaitan Parti Amanat Nasional (PAN) akan masuk Kabinet Indonesia Maju jika Presiden Joko Widodo melakukan rombakan.
Tribunnews melaporkan, Ketua Umum Dewan Pimpinan Pusat (DPP) PAN, Zulkifli Hasan berkata, bagaimanapun PAN menyedari hakikat tidak mempunyai hak mengisi slot Kabinet.
Jelasnya, ini kerana dalam Pilihanraya Presiden (PilPres) 2019, PAN mendukung gandingan calon yang tewas iaitu Prabowo-Sandiaga.
“Saya menegaskan PAN mendukung Prabowo walaupun sekarang (pemimpin itu) menjadi menteri, itu soal lain.
“Jadi kita tak punyak hak (urusan Kabinet),” katanya di sini hari ini.
Namun Zulkifli berkata, jika dikehendaki menyumbang dalam pentadbiran negara atau Kabinet, PAN akan membantu.