Afrika Selatan: 249 badak sumbu dibunuh enam bulan pertama 2021 - Utusan Malaysia

Afrika Selatan: 249 badak sumbu dibunuh enam bulan pertama 2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHANNESBURG: Sekurang-kurangnya 249 badak sumbu terbunuh di Afrika Selatan dalam tempoh enam bulan pertama pada tahun ini.

Menteri Alam Sekitar, Perhutanan dan Perikanan, Barbara Creecy mengesahkan perkara itu dalam satu kenyataan.

Kejadian itu sebahagian besar didorong oleh pelonggaran perintah berkurung Covid-19 sehingga meningkatkan pergerakan pemburu haram.

Angka itu menunjukkan pertambahan sebanyak 83 pembunuhan badak sumbu lagi berbanding tempoh yang sama pada 2020.

Sebahagian besar pembunuhan berlaku di Taman Negara Kruger yang mana sebanyak 132 badak sumbu dibunuh.

“Dari Januari hingga akhir Jun 2021, sekurang-kurangnya 249 badak sumbu dibunuh untuk tanduknya di Afrika Selatan,” kata Creecy dalam satu kenyataan.

Jelas beliau, penamatan perintah berkurung yang ketat juga menyakskan peningkatan pemburuan badak sumbu dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

“Peningkatan ketara pemburu haram di wilayah Limpopo, Mpumalanga dan Free State yang mana sejumlah besar pusat pemuliharaan swasta badan sumbu,” katanya.

Afrika Selatan adalah habitat kira-kira 80 peratus badak sumbu di seluruh dunia dan menjadi tumpuan pemburu haram disebabkan tanduk spesies itu yang digunakan dalam perubatan tradisional di Asia. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.