15 kambing mati diserang 'haiwan misteri', pemerintah pasang CCTV - Utusan Malaysia

15 kambing mati diserang ‘haiwan misteri’, pemerintah pasang CCTV

KEADAAN kambing yang mati diserang haiwan misteri di Gunungkidul. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YOGYAKARTA: Pusat Pemuliharaan Sumber Asli Daerah Istimewa Yogyakarta (BKSDA DIY) akan memasang kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi serangan ‘haiwan misteri’ yang menyerang kambing-kambing di Daerah Gunungkidul.

Detik melaporkan, bagaimanapun Pemerintah Daerah Gunungkidul menilai pemasangan CCTV sukar dilakukan kerana masalah geografi.

Ketua BKSDA DIY, Muhammad Wahyudi berkata, pihaknya belum dapat memastikan haiwan apa yang menyerang puluhan kambing di perkampungan Purwodadi itu.

“Perlu penyelidikan intensif untuk mengetahui jenis haiwan tersebut. Jadi kami merancang untuk memasang CCTV,” katanya di sini.

Selasa lalu, sebanyak 15 ekor kambing di perkampungan itu ditemukan mati dengan luka gigitan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN