Wanita maut dihempap skrin televisyen karaoke - Utusan Malaysia

Wanita maut dihempap skrin televisyen karaoke

GAMBAR menunjukkan Tatiana Pokhorenko sedang menari di bawah skrin televisyen yang dipasang pada struktur tersebut. – SLEDAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Seorang wanita berusia 35 tahun meninggal dunia akibat dihempap skrin televisyen karaoke yang besar pada majlis sambutan hari jadinya di sebuah kelab malam di Rusia.

Lapor Daily Mail, Tatiana Pokhorenko meninggal dunia di tempat kejadian selepas sebuah struktur logam dilengkapi enam skrin televisyen seberat 199.5 kilogram (kg) jatuh ke atas dirinya di premis tersebut di bandar Sugut, barat Siberia, Rusia pada tahun 2018.

Kejadian itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di Kelab Gallery yang mana memaparkan Pokhorenko menyambut hari jadinya bersama rakan-rakannya.

Video tersebut menunjukkan Pokhorenko sedang menari dibawah skrin televisyen karaoke yang dipasang pada struktur tergantung dari siling.

Rakaman juga menunjukkan struktur itu sedang bergerak, dengan mekanisme dikendalikan oleh DJ kelab tersebut.

Beberapa saat kemudian skrin televisyen itu jatuh lalu menghempap Pokhorenko yang sedang menari.

Pokhorenko ditemukan terbaring tanpa sebarang gerakan dan anggota paramedik kemudian mengisytiharkan wanita itu sudah meninggal dunia.

Pemilik kelab itu, Semen Kopaigora ketika itu didakwa atas tuduhan kematian akibat kecuaian.

Baru-baru ini, hukuman Kopaigora digantung selama tiga tahun atas kejadian yang berlaku pada 2018. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN