Wanita dicekup curi seluar dalam lelaki di pasar raya - Utusan Malaysia

Wanita dicekup curi seluar dalam lelaki di pasar raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAWA TIMUR: Seorang wanita dikenali sebagai DJ ditangkap oleh pihak polis selepas didapati mencuri seluar dalam lelaki di sebuah pasar raya di Sembung, Tulungagung.

Lapor Tribunnews, suspek berusia 25 tahun turut mencuri minyak, sabun bayi, ubat buang air besar, bateri, minyak kayu putih dan barangan keperluan bayi.

Ketua Perhubungan Awam Polis Tulungangung, Tri Sakti mengesahkan kejadian itu dan wanita berasal dari Desa Sekarpuro dilihat mencurigakan ketika berada dalam pasar raya tersebut.

Katanya, menerusi kamera litar tertutup, DJ dilihat memasukkan barangan ke dalam beg beli belah yag dibawanya.

“Pekerja di sana kemudian menghampiri DJ dan menyemak barangan yang dibelinya.

“Ternyata ada sejumlah barangan yang dimasukkan ke dalam beg tersebut dan 19 barangan di dalam beg lain. Pihak pasar raya kemudian membuat laporan pada hari yang sama dan bahan bukti diserahkan kepada pihak polis,” katanya.

Menurut Tri, hasil barangan curi itu bernilai sejuta rupiah (RM290) dan kes itu diselesaikan dengan cara baik tanpa dibawa ke mahkamah.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN