Wanita berang ditegur jiran kerana berpakaian seksi di rumah sendiri - Utusan Malaysia

Wanita berang ditegur jiran kerana berpakaian seksi di rumah sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang wanita di Essex berang selepas menerima surat daripada sejumlah jirannya yang menegurnya supaya tidak berpakaian terlalu seksi di rumah.

Lapor Metro, wanita yang dikenali sebagai Taylor itu menemukan surat tersebut diletakkan di atas keretanya.

Jelas Taylor, dalam surat tersebut, beberapa jirannya memberitahu, anak-anak mereka sering mengadu ternampak dia memakai baju terlalu seksi di rumahnya.

Katanya, keadaan itu menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan jirannya dan bimbang dia memberi pengaruh buruk kepada anak-anak mereka.

Namun, Taylor mempertahankan tindakannya dengan menegaskan, dia bukannya berbogel atau berpakaian seksi di khalayak umum, tetapi di rumah sendiri.

“Saya berasa agak kecewa dengan surat tersebut kerana mereka (jiran) seperti cuba mengawal kehidupan saya.

“Sedangkan, di dalam rumah sendiri, kita bebas lakukan apa sahaja,” katanya.

Taylor turut menyifatkan teguran itu sebagai ‘pelik’ dan dia enggan memahaminya.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya