Vaksinasi sahaja tidak cukup sekat Covid-19 - PM Australia - Utusan Malaysia

Vaksinasi sahaja tidak cukup sekat Covid-19 – PM Australia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Perdana Menteri Australia, Scott Morrison menegaskan vaksinasi sahaja tidak mencukupi untuk menamatkan perintah berkurung di Sydney selepas tindakan itu dilanjutkan sehingga sebulan lagi bagi memerangi ancaman Covid-19 di bandar ini.

Katanya, vaksin hanya membantu sebahagian daripada usaha tersebut.

“Vaksinasi memang boleh membantu kita tangani krisis Covid-19 ketika ini, namun vaksin sahaja tidak mencukupi.

“Saya berharap, lanjutan perintah berkurung di bandar ini boleh menyekat penularan varian Delta,” katanya.

Kira-kira 17 peratus penduduk berusia 16 tahun ke atas sudah menerima suntikan vaksin lengkap di negeri New South Wales, dengan Sydney terus menjadi titik penularan jangkitan.

Lebih 2,500 kes direkodkan di New South Wales sejak awal tahun ini dan 165 orang dimasukkan ke hospital akibat komplikasi Covid-19.

Sebanyak 177 kes dikesan dengan kebanyakannya di Sydney sehingga semalam. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya