Tiada permit solat di Masjidil Haram dikeluarkan bermula hari ini - Utusan Malaysia

Tiada permit solat di Masjidil Haram dikeluarkan bermula hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEDDAH: Kementerian Haji dan Umrah mengumumkan akan menghentikan pengeluaran permit bagi jemaah yang ingin menunaikan solat Masjidil Haram bermula hari ini.

Lapor Saudi Gazette, usaha itu sebahagian daripada fasa persediaan penerimaan jemaah bagi musim haji kali ini.

Katanya, pihak kementerian turut melakukan persiapan bagi menerima kehadiran seramai 60,000 jemaah haji tempatan dari 150 negara dengan menyediakan 25,000 staf bagi melayan mereka.

Komander Haji dan Umrah, Mejar Jeneral Muhammad Al-Bassami berkata, kawasan Masjidil Haram di Mekah sudah dikosongkan kecuali bagi jemaah yang mempunyai permit.

Bermula hari ini, hanya individiu yang mempunyai permit haji sah dibenarkan masuk dan semua kawalan kesihatan serta keselamatan ditempatkan di kawasan suci itu.

Pihak kementerian sudah bersedia dengan segala persiapan bagi menerima jemaah haji ke negara itu.

Seramai 25,000 petugas, penyelia dan pekerja sudah dilatih bagi memastikan perkhidmatan dan kualiti terbaik untuk jemaah haji.

Kementerian akan membimbing dan meletakkan jemaah dalam kelompok sepanjang perjalanan musim haji dengan 20 jemaah dalam satu kumpulan serta peruntukan waktu dan program khusus bagi setiap kumpulan.

Semua proses pelaksanaan pendaftaran haji berjaya diselesaikan dengan penerimaan 60,000 jemaah yang memenuhi syarat untuk melaksanakan ibadah tersebut.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya