Tentera pijak kepala penduduk berdepan tindakan undang-undang - Utusan Malaysia

Tentera pijak kepala penduduk berdepan tindakan undang-undang

FADJAR Prasetyo
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Ketua Angkatan Tentera Udara Indonesia (KSAU), Marsekal Fadjar Prasetyo akan mengambil tindakan tegas terhadap dua anggotanya yang melakukan tindakan kejam terhadap orang awam di Merauke, Papua.

Lapor Kompas.com, sebagai pemimpin tertinggi tentera udara, Fadjar turut membuat permohonan maaf kepada seluruh penduduk Papua berhubung kejadian tersebut khususnya kepada mangsa dan ahli keluarga mereka.

Jelasnya, beliau akan memastikan mangsa dilindungi undang-undang dan keadilan dapat ditegakkan.

“Ketika ini anggota tentera itu sudah diambil tindakan disiplin dan akan menjalani proses undang-undang seperti biasa.

“Kami juga akan bertanggungjawab menanggung pembiayaan perubatan mangsa,” katanya.

Sebuah video berdurasi satu minit 20 saat menunjukkan anggota tentera memijak kepala seorang penduduk sehingga tular dalam media sosial sejak Isnin lalu.

Menerusi video itu, dua lelaki berpakaian seragam mengarahkan lelaki tersebut meletakkan badan
ke tanah, sementara, seorang lagi memijak kepala mangsa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya