Tentera Israel tembak pemuda Palestin sampai mati - Utusan Malaysia

Tentera Israel tembak pemuda Palestin sampai mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Tentera Israel menembak mati seorang lelaki Palestin berusia 20 tahun di bahagian dada semasa mangsa berdiri di atas bumbung rumahnya di Kampung Qusra di Tebing Barat.

Agensi Kesihatan Palestin berkata, media tempatan melaporkan tentera Israel melepaskan tembakan di perkampungan yang terletak di arah selatan di bandar Nablus.

Kementerian Kesihatan Palestin mengenal pasti lelaki itu sebagai Mohammad Fareed Hassan.

Agensi Berita Palestin, WAFA memaklumkan seramai dua penduduk Palestin lain turut ditembak dan mengalami kecederaan semasa cuba mengelak serangan oleh penduduk Israel.

Jurucakap tentera Israel memaklumkan kononnya cuba menyuraikan konfrontasi antara penduduk Israel dan rakyat Palestin.

Katanya, mereka terlihat seorang lelaki melemparkan peralatan mudah meletup dari kawasan bumbung dan bertindak balas dengan melepaskan tembakan terhadap mangsa. -AL-JAZEERA

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya