Taufan di China, tanah runtuh di India - Utusan Malaysia

Taufan di China, tanah runtuh di India

KEADAAN jalan yang rosak akibat hujan lebat di Mahad, Maharashta, India. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NINGBO: Taufan In-Fa membadai timur China di bandar Zhoushan semalam dengan membawa angin kencang dan hujan lebat, ketika beberapa bahagian di negara ini ‘belum pulih’ akibat banjir yang melanda.

Sistem pengangkutan air, udara dan darat dihentikan buat sementara waktu di seluruh kawasan timur China.

Shanghai turut terkena tempias In-Fa apabila angin kencang melanda beberapa tempat, namun tidak dilanda hujan lebat.

Beberapa lokasi umum di Shanghai dan bandar lain, termasuk Disneyland Shanghai turut ditutup dan penduduk dinasihatkan supaya duduk di rumah.

Hujan lebat melanda selama tiga hari di wilayah Henan, mencetuskan banjir besar dan meragut sekurang-kurangnya 58 nyawa.

Dalam pada itu di India, pasukan kecemasan terus melakukan operasi mencari serta menyelamat (SAR) selepas hujan lebat dan tanah runtuh berlaku di barat negara itu semalam, menyaksikan 124 maut dan hampir 150,000 penduduk dipindahkan.

Puluhan rumah di sebuah perkampungan di Taliye, selatan Mumbai ranap sekelip mata selepas ditimbus tanah runtuh.

Pasukan keselamatan menghabiskan masa selama beberapa jam mencari mangsa terselamat, namun peluang itu semakin tipis selepas semakin banyak mayat dikeluarkan.

Hujan lebat turut mencetuskan banjir di beberapa kawasan di barat daya negeri Karnataka, menyebabkan tiga maut dan 9,000 penduduk dipindahkan.

Sebanyak lapan tanah runtuh dilaporkan berlaku di beberapa kawasan yang dilanda hujan lebat. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN