Tarian zumba dilarang elak jangkitan Covid-19 - Utusan Malaysia

Tarian zumba dilarang elak jangkitan Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Pasukan Petugas Khas Covid-19 melarang aktiviti tarian zumba di Kampung Lompoe, Parepare kerana tidak mempunyai permit sepanjang pelaksanaan Pemberlakuan Pembatasan Kegiatan Masyarakat (PPKM).

Lapor Detik.com, acara itu disertai oleh sebilangan golongan wanita yang mengabaikan arahan protokol kesihatan itu.

Pasukan Petugas Khas Covid-19 Gakkum, Ulfa Lanto berkata, bilangan peserta yang menyertai aktiviti itu turut tidak mematuhi protokol kesihatan ditetapkan.

“Selepas menerima laporan daripada penduduk mengenai aktiviti zumba di kampung itu, kita membuat penyelarasan dengan pasukan pematuhan lain.

“Pasukan dari Gakkum terus mengambil tindakan dengan menyerbu lokasi tersebut,” katanya.

Menurut Ulfa, penduduk kampung tidak mempedulikan kehadiran petugas dan mereka tetap asyik bergoyang mengikut irama muzik semasa serbuan dilakukan.

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN