Tanah runtuh di India ragut 36 nyawa - Utusan Malaysia

Tanah runtuh di India ragut 36 nyawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUMBAI: Seramai 36 orang terbunuh selepas tanah runtuh yang berpunca akibat hujan monsun di India.

Lapor AFP, sebanyak 40 orang dilaporkan hilang selepas tiga kejadian tanah runtuh berlaku di daerah Raigad, barat Maharashtra.

“Sekurang-kurangnya 35 hingga 40 orang masih terperangkap, kami berusaha menyelamatkan mereka.

“Mangsa yang maut akibat hujan sangat lebat melanda kawasan ini,” kata pihak berkuasa.

Tentera Udara dan Laut turut menyertai operasi menyelamat selepas hujan lebat sehingga menyebabkan banjir dan ribuan mangsa terperangkap.

Usaha menyelamat terganggu akibat tanah runtuh menghalang jalan termasuk lebuh raya utama antara Mumbai dan Goa.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.