Taikun perniagaan China dipenjara 18 tahun - Utusan Malaysia

Taikun perniagaan China dipenjara 18 tahun

SUN Dawu - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Seorang hartawan terkemuka di China yang juga dianggap lantang bersuara membangkitkan pelbagai isu, dijatuhkan hukuman penjara selama 18 tahun.

Lapor BBC, Sun Dawu, 67, menjalankan salah sebuah perniagaan pertanian swasta terbesar di republik itu di wilayah utara Hebei.

Sun Dawu sebelum ini pernah lantang menyuarakan isu hak asasi manusia dan politik yang sensitif.

Beliau didapati bersalah atas tuduhan memulakan pertengkaran dan menimbulkan masalah.

Tuduhan sedemikian sering digunakan terhadap golongan aktivis.

Sun Dawu juga dikenakan tuduhan lain antaranya menduduki tanah ladang secara haram, menghimpun orang ramai untuk menyerang kerajaan dan menghalang kakitangan awam menjalankan tugas.

Beliau juga dikenakan denda sebanyak AS$478,697 (RM2.02 juta).

Syarikat Sun Dawu merupakan antara yang terbesar di China dengan menjalankan pelbagai perniagaan daripada pemprosesan daging, makanan haiwan hingga pengurusan sekolah.

Tahun lalu, Sun Dawu bersama 20 lagi rakan perniagaan lain ditahan atas pertikaian tanah berkaitan sebuah ladang dikendalikan oleh kerajaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya