Seorang bapa dimalukan suruh berlakon jadi monyet, kambing - Utusan Malaysia

Seorang bapa dimalukan suruh berlakon jadi monyet, kambing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Gara-gara tawaran 300,000 rupiah (RM87), seorang bapa sanggup menjadi seperti monyet dalam tempoh 10 minit.

Tawaran itu dibuat oleh seorang lelaki bagi sesiapa yang melalui sebuah jalan yang tidak dapat dikenal pasti lokasinya dengan tertera sekeping nota cabaran di dadanya.

Namun, tindakan pemuda itu dikecam kerana hanya bertujuan ingin memalukan orang lain dengan menawarkan wang.

Menerusi video dalam Instagram, dapat dilihat seorang lelaki yang hendak memberikan cabaran kepada individu yang ditemui di tepi jalan.

Selepas lelaki yang sudah berkahwin itu berlakon menjadi monyet, dia menerima tawaran duit yang dijanjikan.

Dalam masa sama, lelaki yang berada di tepi jalan itu menawarkan cabaran lain dengan menjanjikan tambahan 100,000 rupiah (RM30).

Lelaki itu kemudian sanggup menerima cabaran dengan berlakon menjadi kambing di tepi jalan.

Cabaran itu dihujani kutukan oleh warga maya dan masing-masing tidak bersetuju dengan tindakan itu.

“Sangat menyedihkan, tiada adab dengan ibu bapa lagi,” ulas seorang pengguna.

“Kalau hendak beri wang, berikan sahaja tanpa sebarang syarat,” kata seorang lagi warga maya. -AGENSI

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN