Semua premis boleh beroperasi sepanjang waktu solat - Utusan Malaysia

Semua premis boleh beroperasi sepanjang waktu solat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Semua premis kedai dan pusat komersial lain boleh dibuka sepanjang waktu solat di Arab Saudi berdasarkan satu pekeliling yang dikeluarkan oleh Kesatuan Dewan Saudi.

Lapor Saudi Gazette, aktiviti ekonomi dan komersial boleh terus beroperasi sepanjang waktu bekerja termasuk ketika waktu solat.

Keputusan itu sebagai sebahagian daripada langkah pencegahan bagi membendung penularan wabak Covis-19 termasuk memastikan aspek kesihatan dan keselamatan pengunjung serta pelanggan.

Pekeliling itu turut bertujuan mengelakkan himpunan ramai orang serta berkumpul berdekatan kedai ketika premis ditutup semasa waktu solat.

Menerusi kenyataan akhbar, kesatuan itu berkata, langkah itu bertujuan meningkatkan pengalaman beli belah dan memantapkan tahap perkhidmatan kepada pelanggan.

Katanya, langkah itu diambil selepas beberapa penyelarasan dilakukan dengan pihak berkuasa.

“Kami berharap supaya anda terus membuka premis bagi meneruskan aktiviti ekonomi sepanjang waktu bekerja dengan menerima kehadiran pelanggan,” katanya.

Setiap premis turut diarahkan melakukan beberapa penyusunan yang perlu serta mengambil langkah terbaik menguruskan perkhidmatan mereka berdasarkan sistem penggiliran antara pekerja supaya tidak menghalang mereka menunaikan solat.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN