Rusia mulakan program vaksinasi tambahan Covid-19 - Utusan Malaysia

Rusia mulakan program vaksinasi tambahan Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Sejumlah klinik kesihatan di Moscow akan memulakan program vaksinasi tambahan Covid-19 hari ini ketika Rusia terus bergelut menurunkan kes jangkitan yang semakin memuncak.

Kementerian Kesihatan Rusia mengeluarkan peraturan baharu mengenai program imunisasi itu semalam dengan mencadangkan semua klinik memulakan vaksinasi tambahan kepada mereka yang sudah menerima vaksin dalam tempoh setiap enam bulan atau lebih.

Pengumuman itu secara tidak langsung menjadikan Rusia sebagai negara pertama di dunia yang memulakan program vaksinasi tambahan Covid-19.

Program itu diputuskan ketika negara ini merekodkan peningkatan kes jangkitan koronavirus, selain program imunisasi yang perlahan.

Biarpun memulakan vaksinasi pada Januari lalu, sebanyak 16 peratus atau 23 daripada 144 juta penduduk di negara ini sudah menerima suntikan vaksin.

Sehubungan itu, kementerian kesihatan bertungkus-lumus mempercepatkan program vaksinasi dan melaksanakan imunisasi tambahan.

Kerajaan Rusia menyasarkan sekurang-kurangnya 60 peratus penduduk sudah diberi vaksin menjelang musim luruh ini. – REUTERS

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN