Ribut landa Jerman: 19 maut, puluhan hilang - Utusan Malaysia

Ribut landa Jerman: 19 maut, puluhan hilang

GAMBAR pemandangan udara menunjukkan sebuah kampung di Schuld berhampiran Adenau, barat Jerman dilanda banjir - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN: Sekurang-kurangnya 19 orang maut dan kira-kira 50 lagi hilang susulan hujan lebat dan banjir melanda barat Jerman.

Paras air yang semakin meningkat akibat bencana tersebut juga menyebabkan beberapa rumah musnah dalam kejadian tersebut.

Menurut jurucakap polis di bandar Koblenz, daripada jumlah kematian itu, empat orang dilaporkan maut di pekan Schuld yang mana sebahagian besar rumah di kawasan tersebut musnah dalam kejadian banjir.

Negeri Rhineland-Palatinate dan North Rhine-Westphalia (NRW) terjejas teruk dilanda hujan lebat sehingga menyebabkan tebing sungai pecah dan mengancam lebih banyak rumah.

“Ribut melanda negeri ini dan saya berasa bimbang dengan keselamatan semua yang berada dalam bahaya.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua sukarelawan, anggota bomba, pasukan kecemasan yang bertungkus lumus bekerja dalam operasi ini,” kata Ketua Menteri, Rhineland-Palatinate, Malu Dreyer menerusi ciapan di Twitter.

Pasukan penyelamat berdepan cabaran ketika memindahkan penduduk daripada bangunan kediaman yang berisiko.

Malah, dua anggota bomba maut ketika menjalankan operasi menyelamat di bandar Altena dan Wedohl.

Dua lelaki lain maut dalam kejadian banjir berhampiran Solingen dan Unna manakala satu lagi kematian dilaporkan di Rheinbach. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN