Ribut landa Beijing, sekolah ditutup, penerbangan dibatalkan - Utusan Malaysia

Ribut landa Beijing, sekolah ditutup, penerbangan dibatalkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Ratusan penerbangan dibatalkan, selain sejumlah sekolah dan kawasan tumpuan pelancong ditutup ketika bandar raya ini dilanda ribut yang membawa hujan lebat.

Pihak berkuasa Beijing mengeluarkan amaran supaya penduduk jangan keluar rumah.

Dianggarkan sebanyak 100 milimeter hujan akan turun di beberapa kawasan dan laman web pengesan penerbangan, VariFlight memaklumkan kira-kira 700 penerbangan dibatalkan di dua lapangan terbang di bandar raya ini.

Keadaan cuaca tidak menentu itu juga menyebabkan tanah runtuh berlaku di daerah utara Beijing, selain sistem pengangkutan automatik turut terjejas.

Sebanyak 14 sungai termasuk di Sichuan dan Shaanxi juga diramalkan melimpah dan mencetuskan banjir di kawasan sekitar. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN